Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Feb 09 - 10, 2010 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Glenmarie

Amalan 5S

(penceramah: Mr. Tan Por Sing )

objektif

    -  Menyediakan syarikat untuk Amalan dan Perlaksanaan 5S
    -  Membina Pelan Tindakan Amalan 5S 
    -  Memahami konsep dan kepentingan Amalan 5S dalam meningkatkan Kualiti 
       dan Produktiviti di tempat kerja
    -  Memulakan perubahan bagi meningkatkan mutu kerja syarikat
    -  Melaksanakan Amalan 5S dengan Berkesan

kandungan

1. Kepentingan Produktiviti dan Kualiti
      - Bagaimana masa operasi ditentukan
      - 7 Jenis Pembaziran

2. KAIZEN dan Inovasi
      - Perbezaan antara KAIZEN dan Inovasi
      - Aspek Persamaan pelbagai program peningkatan

3. Amalan 5S di dalam TQM
      - Pelbagai Program Peningkatan di tempat kerja
      - Pertindihan kawasan  pelbagai Program Peningkatan
      - Turutan yang dicadangkan bagi melaksanakan Program Peningkatan

4. Memahami Falsafah dan Kekuatan 5S
      - 5S menyumbang kearah Produktiviti, Kualiti, Kos, Penghantaran,
         Keselamatan dan Semangat
      - 4 Objektif Utama Program 5S
      - Definisi Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu, Shitsuke
      - Contoh Amalan 5S yang lemah
      - Contoh Amalan 5S yang cemerlang
      - Strategi Tag-Merah (Red-Tag Strategy)
      - Contoh-contoh pembahagian barangan yang tidak diperlukan
      - 7 Prinsip Seiton
      - Contoh-contoh Piawai 5S di Pejabat dan Kilang

5. Empat Kunci Utama bagi pelaksanaan 5S yang berjaya

6. Langkah-langkah Pelaksanaan Program 5S
      - 6 Langkah Pelan Induk 2 tahun untuk pelaksanaan 5S
         Langkah 1. Persediaan
         Langkah 2. Pengumuman rasmi CEO
         Langkah 3. Pembersihan oleh semua
         Langkah 4. Permulaan Seiri
         Langkah 5. Seiri, Seiton dan Seiso harian
         Langkah 6. Audit 5S berkala

Kerja Kumpulan:
      - Pelan Tindakan bagi Pelaksanaan Amalan 5S
      - Kajian Kes bagi meningkatkan pemahaman konsep 5S

metodologi

Persembahan Power Point, Kerja Berkumpulan, Kajian Kes dan Sesi Soal Jawab.

peserta

-  Semua Eksekutif dan Kakitangan
-  Eksekutif Peningkatan Kualiti
-  Kakitangan Keselamatan dan Kesihatan
-  Penyelia

pelaburan yuran / pendaftaran awal by 26/01/2010

Biasa: RM 1,010.00 / RM 910.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM 960.00 / RM 860.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, 
Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - MR. TAN POR SING

Fasih dalam Bahasa Malaysia, Ketua Juruperunding Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd., Encik Tan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam Latihan dan Pelaksanaan Teknik –teknik Peningkatan Kualiti dan Produktiviti seperti TQM, QCC/ICC, SPC, ISO 9000, 5S, QC Tools, Kaji Kerja, Amalan Kaizen, Pengurusan Fail dan Rekod, Keselamatan Perusahaan dan lain-lain lagi. Pelanggan-pelanggan beliau termasuk syarikat antarabangsa dan tempatan yang terkemuka.

Seorang Jurutera Mekanikal, beliau berkelulusan BSc in Mechanical Engineering dari Strathclyde University, Scotland dan MSc. (with Distinction) in Manufacturing Systems Engineering dari Warwick University, England. Bekas juruperunding dan jurulatih di Perbadanan Produktiviti Malaysia, beliau pernah menghadiri latihan di Jepun, Australia, The Netherland, India, Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura dan juga di Malaysia.

Seorang juruaudit ISO 9000 dan ISO 14000 yang bertauliah, beliau telah membantu banyak syarikat mencapai ISO 9001.

Ketua Audit Teknikal Anugerah Kualiti Perdana Menteri (PMQA) dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) ketika berkhidmat dengan MPC, beliau pernah menghadiri Persidangan Antarabangsa di Tokyo mewakili Malaysia sebagai “National Quality Management Expert”.

Encik Tan pernah menghakimi Konvensyen-konvensyen QCC/ICC sebagai Ketua Panel Penilai di Konvensyen QCC/ICC Wilayah dan Kebangsaan yang dikendalikan oleh MPC dan konvensyen-konvensyen QIT/ICC syarikat-syarikat lain seperti Intel, TNB, Motorola, Resorts World, Telekom dan lain-lain lagi.