Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Nov 22 - 23, 2010 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam

7 Alat QC Baru

(penceramah: Encik Tan Por Sing )

objektif

     - Memahami konsep dan kegunaan 7 Alat QC Baru dalam mengendalikan
       projek ICC dan Projek Peningkatan Kualiti
     - Meningkatkan Kualiti Perancangan dengan Menggunakan 7Alat QC Baru
       dengan Berkesan
     - Integrasikan 7 Alat QC Baru dan 7 Alat QC Tradisi untuk Penyelesaian
       Masalah.

kandungan

1. Projek Meningkatkan Kualiti, ICC dan TQM
     - Konsep, Objektif, Struktur dan Sistem

2. SQC dan 7 Alat QC Baru
     - Integrasi Data Bahasa dan Data Numerik
     - Pembatasan  7 Alat QC  (Tradisi)
     - Data Numerik dan Data Bahasa

3. 7 Alat QC Baru dan Kitaran PDCA
     - Penggunaan 7 Alat QC Baru dalam kitaran PDCA dengan berkesan

4. Jenis-jenis penggunaan 7 Alat QC Baru

5. Konsep, Pembentukan dan Kegunaan 7 Alat QC Baru
     - Gambarajah Afiniti
     - Gambarajah Hubungkait
     - Gambarajah Pokok
     - Matrik
     - Analisis Data matrik
     - PDPC (Process Decision Program Chart)
     - Gambarajah Anak Panah

6. Kajian Kes kegunaan 7 Alat QC Baru dengan efisyen dan efektif

7. Simulasi Projek ICC dengan integrasikan 7 Alat QC Baru dan Tradisi
   dalam Kitaran PDCA

8. Sesi Soal Jawab

metodologi

Persembahan Power Point , Kerja Berkumpulan, Kajian Kes dan latihan.

peserta

Pengurus, Eksekutif, Fasilitator dan Ketua Kumpulan ICC dan juga sesiapa yang melibat dalam Projek Peningkatan Kualiti.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 10/11/2010

Biasa: RM 1,060.00 / RM 960.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM 1,010.00 / RM 910.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK TAN POR SING

Fasih dalam Bahasa Malaysia, Ketua Juruperunding Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd., Encik Tan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam Latihan dan Pelaksanaan Teknik –teknik Peningkatan Kualiti dan Produktiviti seperti TQM, QCC/ICC, SPC, ISO 9000, 5S, QC Tools, Kaji Kerja, Amalan Kaizen, Pengurusan Fail dan Rekod, Keselamatan Perusahaan dan lain-lain lagi. Pelanggan-pelanggan beliau termasuk syarikat antarabangsa dan tempatan yang terkemuka.

Seorang Jurutera Mekanikal, beliau berkelulusan BSc in Mechanical Engineering dari Strathclyde University, Scotland dan MSc. (with Distinction) in Manufacturing Systems Engineering dari Warwick University, England. Bekas juruperunding dan jurulatih di Perbadanan Produktiviti Malaysia, beliau pernah menghadiri latihan di Jepun, Australia, The Netherland, India, Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura dan juga di Malaysia.

Seorang juruaudit ISO 9000 dan ISO 14000 yang bertauliah, beliau telah membantu banyak syarikat mencapai ISO 9001.

Ketua Audit Teknikal Anugerah Kualiti Perdana Menteri (PMQA) dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) ketika berkhidmat dengan MPC, beliau pernah menghadiri Persidangan Antarabangsa di Tokyo mewakili Malaysia sebagai "National Quality Management Expert".

Encik Tan pernah menghakimi Konvensyen-konvensyen QCC/ICC sebagai Ketua Panel Penilai di Konvensyen QCC/ICC Wilayah dan Kebangsaan yang dikendalikan oleh MPC dan konvensyen-konvensyen QIT/ICC syarikat-syarikat lain seperti Intel, TNB, Motorola, Resorts World, Telekom dan lain-lain lagi.