Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Apr 09 - 10, 2014 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Audit Dalaman 5S

(penceramah: Encik Tan Por Sing )

objektif

1.    Mengendalikan Audit 5S dengan berkesan
2.    Membentuk Piawai, Kriteria dan Matrik Pemarkahan 5S berpandu kepada
        keperluan syarikat
3.    Memahami keperluan Persijilan 5S
4.    Mengurus Audit Dalaman 5S dengan berkesan
5.    Membantu mengekalkan aktiviti 5S didalam syarikat

kandungan

Modul 1: Pengenalan Kepada Audit 5S
1.   Organisasi bertaraf antarabangsa

      
2.   Audit 5S

      Apa yang dimaksudkan dengan Audit dalaman 5S
      Audit Dalaman 5S bukan….
      Jenis, Kekerapan, Tujuan dan Skop

3.   Prinsip-prinsip Audit  5S

      Ulangkaji Prinsip dan amalan 5S
      Apa yang auditor perlu mengambil perhatian untuk mengaudit:
         -  Seiri
         -  Seiton
         -  Seiso
         -  Seiketus
         -  Shitsukei
  
Modul 2: Membentuk Piawai, Kriteria dan Matrik Pemarkahan 5S
1.  
Piawai 5S
      Mengapa kita perlukan piawai 5S?
      Contoh-contoh Piawai 5S
      Sampel Piawai 5S
      Membentuk Piawai 5S

Latihan:
Membentuk Piawai 5S

2.   
Apa yang perlu diaudit untuk Audit Dalaman 5S
      Dokumentasi, Amalan dan Teori
      Sampel Kriteria Audit 5S
      Membentuk Kriteria Audit 5S

3.   Dimensi Pemarkahan Audit dalaman 5S

      Matrik Pemarkahan
      Kriteria untuk Markah Cemerlang
      Kaedah sistematik dan efektif untuk Pemarkahan

Latihan: 
Membentuk Kriteria Audit dan Dimensi Permakahan 5S

Modul 3: Audit Secara Langsung
1.    Audit Secara Langsung 5S

         •  Membentuk Piawai 5S
         •  Membentuk Kriteria Audit
         •  Membentuk Dimensi Pemarkahan  Audit

Modul 4: Pengurusan Audit 5S yang Berkesan
1.    Aspek penting Audit dalaman 5S
2.    Perancangan Audit Dalaman 5S, Jawatankuasa Audit dan Juruaudit 5S
3.    Menguruskan Keputusan Audit
4.    Insentif dan Pertandingan 5S
5.    Rekod penambahbaikan dan Petunjuk

Modul 5: Keperluan Persijilan 5S
1.    Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S)
2.    Perancangan
3.    Realisasi Persekitaran Berkualiti
4.    Pengukuran, Analisis dan Penilaian
5.    Penambahbaikan Berterusan

Kerja berkumpulan
   
1.  Membentuk Piawai dan Kriteria Audit
    2.  Membentuk Dimensi Pemarkahan Audit 5S
    3.  Audit 5S Secara langsung

 

metodologi

Persembahan Power Point , Perbincangan Berkumpulan, Kajian Kes, Latihan, Audit secara Langsung dan Sesi soal jawab.

peserta

Auditor / Pengamal 5S , Sesiapa yang melibat dalam  aktiviti-aktiviti 5S.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 26/03/2014

Biasa: RM 1,395.00 / RM 1,295.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM 1,295.00 / RM 1,195.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK TAN POR SING

Berasal dari Kelantan, Ketua Juruperunding Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd., Encik Tan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam Latihan dan Pelaksanaan Teknik –teknik Peningkatan Kualiti dan Produktiviti seperti TQM, QCC/ICC, SPC, ISO 9000, 5S, QC Tools, Kaji Kerja, Amalan Kaizen, Pengurusan Fail dan Rekod, Pengurusan Stor & Inventori, Keselamatan Perusahaan dan lain-lain lagi. Pelanggan-pelanggan beliau termasuk syarikat antarabangsa dan tempatan yang terkemuka.

Seorang Jurutera Mekanikal, beliau berkelulusan BSc in Mechanical Engineering dari Strathclyde University, Scotland dan MSc. (with Distinction) in Manufacturing Systems Engineering dari Warwick University, England. Bekas juruperunding dan jurulatih di Perbadanan Produktiviti Malaysia, beliau pernah menghadiri latihan di Jepun, Australia, The Netherland, India, Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura dan juga di Malaysia.

Seorang juruaudit ISO 9000 dan ISO 14000 yang bertauliah, beliau telah membantu banyak syarikat mencapai ISO 9001.

Ketua Audit Teknikal Anugerah Kualiti Perdana Menteri (PMQA) dan Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) ketika berkhidmat dengan MPC, beliau pernah menghadiri Persidangan Antarabangsa di Tokyo mewakili Malaysia sebagai "National Quality Management Expert".

Encik Tan pernah menghakimi Konvensyen-konvensyen QCC/ICC sebagai Ketua Panel Penilai di Konvensyen QCC/ICC Wilayah dan Kebangsaan yang dikendalikan oleh MPC dan konvensyen-konvensyen QIT/ICC syarikat-syarikat lain seperti Intel, TNB, Motorola, Resorts World, Telekom dan lain-lain lagi.