Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Sep 18, 2014 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Membina Keyakinan Diri dengan Pelanggan

(penceramah: Tn. Hj. Azlan Yusoff )

objektif

Program ini membantu membina keyakinan diri dari segi cara mengurus dan juga
menghargai betapa pentingnya seseorang pelanggan. Pelanggan akan dapat kepuasan
sepenuhnya jika seseorang itu melakukan sesuatu dengan cara yang betul dan pada
waktu dan tempat yang betul dengan penuh keyakinan.

Tumpuan yang penting dalan program ini ialah untuk memperkenalkan apakah
langkah-langkah yang patut diberi perhatian demi untuk memahami bahawa
seseorang itu bukan sekadar bekerja untuk organisasi itu tetapi adalah juga
seorang ambassador kepada organisasi itu. 

kandungan

1.   Pentingnya tingkah-laku seseorang yang proaktif
        -  Sikap bertanggungjawab
        -  Sentiasa memberi galakkan

2.   Ciri-ciri pemikiran yang positif
        -  Etika dan budaya di tempat kerja

3.   Memahami kehendak dan keperluan pelanggan
        -  ‘Practical Needs & Emotional Needs’

4.   Gerak badan yang efektif
        -  Cara komunikasi mengikut gerak badan, perkataan dan intonasi

5.   Teknik-teknik yang diperlukan untuk image yang professional
        -  ‘Image Audit’
        -  Grooming
    
6.   Ciri-ciri servis yang mantap dan berkesan
        -  Polisi perkhidmatan pelanggan

7.   Perwatakan semasa bertemu dan berbincang dengan pelanggan
        -  ’Art of Meeting’

8.   ’Rapport’ yang berkesan untuk individu, organisasi dan pelanggan
        -  Mukadimah/Pertanyaan/Penjelasan/Mendengar

9.   Memahami ’Brand’ dan kehendak pelanggan
        -  Perkara-perkara yang patut di elak

10.   Budaya mersa pelanggan
        -  Cekap/Berinteraksi/Integriti

11.   Cara-cara mempertahankan tahap kepuasan pelanggan
        -  "Pelanggan yang tidak berpuas-hati adalah punca untuk
           kita belajar untuk memperbaik" ....BILL GATE

metodologi

‘Power point slide-shows’, aktiviti dalam kumpulan, perbincangan
dalam kumpulan dan latihan cara perwatakan (‘role-plays’).

Perseimbangan Cara Penyampaian: Praktikal 70%/Theori 30%

peserta

Kursus ini sesuai untuk semua kakitangan di setiap peringkat bagi
memberi keyakinan diri bila berinteraksi dengan pelanggan dalam dan luar
organisasi. Budaya berkeyakinan patut ada pada pengurus, pegawai
dan juga kerani sebuah organisasi.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 04/09/2014

Biasa: RM 845.00 / RM 795.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM 795.00 / RM 745.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - TN. HJ. AZLAN YUSOFF

Tuan Hj. Azlan Yusoff berkelulusan ‘Chartered Insurer, an Associate of the Chartered Insurance Institute (ACII), United Kingdom.’ Beliau adalah graduan ‘ Advanced Diploma in Business Studies dan Diploma in Public Administration.’

Tuan Hj. Azlan berpengalaman bekerja lebih dari 20 tahun, dari segi pengurusan perniagaan, hal ehwal koporat dan strategi pemasaran yang efektif. Beliau pernah memegang jawatan Pengurus Besar, Hal Ehwal Koporat, Commerce Assurance dan juga Ketua Pegawai Executive, Asia Pacific Risk Management Centre. Dalam bidang latihan, beliau adalah ‘Training Specialist’ dengan syarikat Commerce International Group (CIG).

Beliau pernah berkhidmat dengan ‘The Malaysian Insurance Institute’ sebagai Pensyarah sambilan.  Beliau juga pernah bekerja dengan ‘ CIMB Group, Human Resource, jawatan Vice President,’ Beliau adalah ‘Head of Leadership and Management unit.’

Tuan Hj. Azlan adalah seorang yang ‘Certified Law of Attraction Trainer,  certified by Michael  J. Losier, the author of the No.1 Best Seller in 32 countries, The Law of Attraction: The Science of Attracting More of What You Want and The Less of What You Don't.’ Sebagai seorang jurulatih dan penyelaras, kemahiran beliau adalah dalam bidang Budaya Kerja, Potensi Diri, Pengurusan Diri, ‘Customer Service & Sales’, Motivasi, Komunikasi, ‘Change Management, Supervisory skills, Clerical Development Boot camp, Personal Excellence, Grooming and Image Audit.