Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Feb 24 - 25, 2016 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Kerja Berpasukan yang Efektif

(penceramah: Tn. Hj. Azlan Yusoff )

objektif

Diakhir program, peserta akan dapat:

•    Kesedaran bahawa seseorang itu akan mencapai tujuan hidup jika mereka
      mempunyai sikap yang positif bila bekerja dalam pasukan dan memberi
      tumpuan yang sepenuhnya dengan sentiasa menilai sikap diri.

•    Faham tentang keperibadian yang mulia termasuk juga sikap yang proaktif dan
      potensi diri yang bolih dikembangkan dengan mengecilkan ‘blind spot’
      dalam diri kita.

•    Mengetahui bahawa hanya diri sendiri sahaja yang dapat memastikan kerahsiaan
      dalam tugasan, memotivasikan diri, kebolehan menghadapi cabaran dan
      mengawal diri untuk meningkatkan prestasi dalam kerja berpasukan.

•    Menghargai pentingnya keyakinan diri, bermotivasi, kejujuran antara satu sama
      lain dalam pasukan dan bekerja bersama-sama untuk membina budaya
      kerja yang sihat.

•    Pengetahuan tentang faktor-faktor yang mempegaruhi kualiti kerja, perancangan
      cara pengurusan diri dan kerja berpasukan yang berkesan.

•    Memberi sumbangan dan cara berkomunikasi dengan kaedah yang efektif dan
      penyampaian idea yang berkesan di tempat kerja.

•    Menilai pentingnya persepsi pandang pertama dengan keterampilan diri dan
      maruah diri yang akan menjamin kejayaan seseorang dan pasukannya.

kandungan

(A)  Sikap Kerja Positif / Mengawal Disiplin Diri dalam Kerja Berpasukan

         •  Apakah ciri-ciri sikap kerja yang positif yang harus dibentuk untuk
             menjamin kecemerlangan bukan sahaja pada masa yang singkat tetapi
             untuk masa yang panjang dan berkekalan.

         •  Bagaimanakah hendak menilai sikap diri seseorang individu untuk menjadi
             seorang yang berwawasan dan mempunyai matlamat dan tujuan
             dalam hidup.

         •  Cara-cara memberi tumpuan dengan penuh kejujuran dan yang pentingnya
             mestilah berfikiran yang proaktif sebab keadaan di sekeliling kita yang
             memerlukan kebolehan untuk menghadapi cabaran.

         •  Peribadi mulia dan cara untuk meningkatkan potensi dengan memastikan
             kerahsiaan tugasan, kepentingan pengurusan masa, mengutamakan
             keselamatan diri dalam tugasan dan menyelenggarakan harta
             organisasi seperti harta sendiri.

(B)  Amalan Kerja Cemerlang

         •  Jendela Johari dan cara untuk mengecilkan ruang gelap atau
             ‘blind spot’ untuk mempengaruhi kualiti kerja.

         •  Motivasi dan ‘Self- Mastery’ untuk membina keyakinan diri dan
             mengurus pekerjaan dengan sempurna.

         •  Prestasi dan Sumbangan dalam pasukan patut di beri perhatian untuk
             kejayaan masa panjang.

(C)  Komunikasi Berkesan dan Persepsi Pandang Pertama

         •  ‘Emotional Bank Account’dan kesan pada diri seseorang
             apabila berinteraksi.

         •  Membentuk Budaya Kerja yang sihat dan berkesan apabila menyambut
            dan melayan pelanggan dalam organisasi atau luar organisasi.

         •  Falsafah hidup dan ciri-ciri orang yang matang dari segi menyampaikan
             mesej.

(D)  Keterampilan Dan Maruah Diri

         •  Prinsip-prinsip pengurusan diri dan keterampilan yang
             cemerlang di tempat kerja.

         •  Faedah berunifom dan kepentingan kebersihan diri.

         •  Cetus idea untuk cipta sumbangan kepada organisasi.

         •  Kejayaan melalui pengurusan diri.

metodologi

Ceramah, latihan-latihan simulasi, perbincangan secara berkumpulan, aktiviti-aktiviti
berkumpulan dan ‘role-play’.

peserta

Kursus ini sesuai untuk semua lapisan yang terlibat dalam kerja berpuaskan untuk menjadi pasukan yang berkesan.


pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 10/02/2016

Biasa: RM 1,495.00 / RM1,395.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 / RM 1,295.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - TN. HJ. AZLAN YUSOFF

Tuan Hj. Azlan Yusoff berkelulusan ‘Chartered Insurer, an Associate of the Chartered Insurance Institute (ACII), United Kingdom.’ Beliau adalah graduan ‘ Advanced Diploma in Business Studies dan Diploma in Public Administration.’

Tuan Hj. Azlan berpengalaman bekerja lebih dari 20 tahun, dari segi pengurusan perniagaan, hal ehwal koporat dan strategi pemasaran yang efektif. Beliau pernah memegang jawatan Pengurus Besar, Hal Ehwal Koporat, Commerce Assurance dan juga Ketua Pegawai Executive, Asia Pacific Risk Management Centre. Dalam bidang latihan, beliau adalah ‘Training Specialist’ dengan syarikat Commerce International Group (CIG).

Beliau pernah berkhidmat dengan ‘The Malaysian Insurance Institute’ sebagai Pensyarah sambilan.  Beliau juga pernah bekerja dengan ‘ CIMB Group, Human Resource, jawatan Vice President,’ Beliau adalah ‘Head of Leadership and Management unit.’

Tuan Hj. Azlan adalah seorang yang ‘Certified Law of Attraction Trainer,  certified by Michael  J. Losier, the author of the No.1 Best Seller in 32 countries, The Law of Attraction: The Science of Attracting More of What You Want and The Less of What You Don't.’ Sebagai seorang jurulatih dan penyelaras, kemahiran beliau adalah dalam bidang Budaya Kerja, Potensi Diri, Pengurusan Diri, ‘Customer Service & Sales’, Motivasi, Komunikasi, ‘Change Management, Supervisory skills, Clerical Development Boot camp, Personal Excellence, Grooming and Image Audit.