Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Mac 16 - 17, 2016 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Kepimpinan, Motivasi & Peningkatkan Kemahiran Penyeliaan

(penceramah: Encik Brien Lee Meng Siong )

objektif

Selepas menghadiri program ini, para peserta akan...

1.  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang
     penyelia yang lebih berkesan
2.  Memperoleh kemahiran penyeliaan yang efektif untuk memperkasakan orang
     bawahan sambil membina pasukan yang berprestasi tinggi
3.  Mengenalpasti sumbangan kepimpinan dalam membina hubungan yang mantap
     antara para pekerja
4.  Memperoleh kemahiran dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan
     yang diperlukan
5.  Mengenalpasti pelbagai kaedah untuk memberi motivasi, meningkatkan komitmen
     serta menjana kesetiaan di kalangan kakitangan

kandungan

1.  Pengenalan Kepada Penyeliaan Dan Pengurusan

        •  Pengurusan dan peranan seorang penyelia.
        •  Fungsi, tugas dan tanggungjawab seorang penyelia.
        •  Punca-punca dan aplikasi kuasa penyelia.

2.  Peranan Penyelia Dalam Sebuah Organisasi

        •  Pengurusan kakitangan
        •  Memimpin dan mengurus kakitangan
        •  Pembangunan pasukan berprestasi tinggi
        •  Pengurusan konflik
        •  Produktiviti, kualiti dan "Kaizen"

3.  Penyelia Sebagai Pemimpin

        •  Maksud dan definasi Kepimpinan
        •  Gaya kepimpinan yang berbeza
        •  Bagaimana menggunakan gaya-gaya kepimpinan yang sesuai
        •  Teori-Teori Kepimpinan (Frederick Taylor,Douglas Mc’Gregor).
        •  Kepimpinan Situasi
        •  Hubungan manusia di tempat kerja
        •  Kualiti-kualiti pemimpin yang baik

4.  Mengguna Motivasi Untuk Meningkatkan Prestasi Orang Bawahan

        •  Memahami teori-teori motivasi
        •  Membina motivasi diri
        •  Teori Pygmalion
        •  Kitar Motivasi
        •  Delegasi sebagai alat motivasi
        •  Perbezaan delegasi dengan pelepasan tanggungjawab

5.  Bimbingan Khusus dan Kaunseling

        •  Apa itu bimbingan khusus dan kaunseling
        •  Memilih antara bimbingan khusus dan kaunseling
        •  Bagaimana memberi bimbingan khusus dan kaunseling
        •  Kemahiran asas bimbingan khusus dan kaunseling
        •  Merancang sesi bimbingan khusus dan kaunseling

6.  Mengurus Kakitangan Bermasalah

        •  Mengenalpasti kakitangan bermasalah
        •  Pendekatan dalam menangani kakitangan bermasalah
               -  Meneutralkan, Memindah, Menstruktur dan Memecat
        •  Bagaimana menyingkir kelakuan yang tidak diingini
        •  Mengubah yang negatif kepada yang positif serta sikap dan
           budaya yang beretika

7.  Meningkatkan Kemahiran Interpersonal Dan Komunikasi Dengan
     EQ (Kepintaran Emosi)

        •  Kepentingan komunikasi yang baik di tempat kerja
        •  Mengatasi halangan kepada komunikasi yang baik
        •  Nilai, persepsi dan emosi
        •  Memahami EQ di tempat kerja
        •  Menggunakan EQ untuk membina semangat berpasukan dan harmoni
           di tempat kerja.


metodologi

Program dua hari ini akan menggunakan pelbagai kaedah penyampaian termasuk menggunakan pendekatan VAK, kaedah 4Mat dan juga musik dan video untuk membolehkan para peserta lebih mudah memahami kandungan program. Sesi perbincangan dan interaksi berkumpulan akan diadakan untuk setiap modul berdasarkan pendekatan Andragogi (pembelajaran dewasa). Kaedah interaksi berkumpulan yang akan digunakan termasuk kaedah "World Cafe" dan "Open Space Forum".

peserta

1.  Eksekutif yang baru dilantik
2.  Pengurus yang baru dilantik
3.  Penyelia dan ketua pasukan
4.  Sesiapa yang ingin meningkatkan kemahiran dalam mengurus orang bawahan

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 02/03/2016

Biasa: RM 1,495.00 / RM1,395.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 / RM 1,295.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK BRIEN LEE MENG SIONG

Encik Brien Lee memperolehi Ijazah Sarjana Sains (2001) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (1997) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau seorang pelatih diiktiraf HRDF / PSMB (Malaysia). Beliau juga seorang pelatih dan konsultan yang diiktiraf oleh NLP University (USA). Beliau juga mempunyai pengiktirafan sebagai "NLP Master Practitioner" (USA).

 

Brien Lee mengkhusus dalam bidang komunikasi dan NLP (Neuro Linguistic Programming). Beliau mempunyai 12 tahun pengalaman dalam latihan korporat dan juga pengucapan awam.  Beliau telah menjalankan program latihan untuk syarikat-syarikat seperti Telekom Malaysia, Petronas ICT, Nestle, Parkson, Pantai Hospital Klang, 4Life Research (Malaysia), Endress & Hauser, Mega Steel, WWF, UC International, Majlis Sukan Negara, Jabatan Kerja Raya (JKR), Ramsay Sime Darby Healthcare College dan banyak lagi. Beliau juga telah menjalankan program-program awam yang mengkhusus kepada bidang jualan perundingan dan khidmat pelanggan.

 

Antara kursus-kursus yang kerap dilatih adalah Kepimpinan, Jualan dan Perundingan, Komunikasi, Neuro-Linguistic Programming (NLP),  Khidmat Pelanggan  dan lain-lain.

 

Kerjaya Dan Pengalaman

 

Brien Lee mempunyai 12 tahun pengalaman bekerja dan 11 tahun pengalaman dalam latihan korporat dan pengucapan awam. Kerjaya beliau bermula pada tahun 2000 apabila dijemput oleh WWF-Malaysia (Tabung Alam Sedunia) sebagai Pegawai Saintifik.  Beliau dilantik sebagai pengurus pada tahun 2005 dan pengurus kanan pada tahun 2008. Beliau menjadi pelatih dan konsultan sepenuh masa pada tahun 2012.

 

Beliau banyak berpengalaman dalam pengurusan projek. Di antara projek yang pernah diurus beliau ialah projek konflik manusia dan harimau di Jeli, Kelantan dan Projek Pengurusan Maklumat untuk WWF-Malaysia. Sebelum beliau meninggalkan WWF-Malaysia, beliau juga salah seorang ahli badan pengurusan kanan organisasi tersebut.


Melalui tanggungjawab ini, beliau telah mengkhusus ke arah bidang komunikasi.  Ini termasuk komunikasi untuk jualan, perundingan, khidmat pelanggan, persembahan, latihan dan kepimpinan.


Encik Lee fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris