Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Nov 15 - 16, 2016 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Pengurusan Stor & Inventori yang Berkesan

(penceramah: Tuan Hj. Abdullah Kassim )

objektif

Di akhir program ini, para peserta akan dapat memahami:

1.   Memahami organisasi dan peranan stor, termasuk objektif, fungsi dan
      perhubungannya dengan fungsi-fungsi lain.
2.   Mengetahui berbagai keadah penyimpanan dan memilih kaedah penyimpanan
      yang paling sesuai untuk stor anda.
3.   Memilih teknik terbaik bagi sistem penyimpanan/pengutipan yang sesuai
      dengan persekitaran stor syarikat anda.
4.   Meningkatkan pengetahuan di dalam teknik-teknik pengawalan inventori
      yang digunakan dengan meluas di dalam industry anda.
5.   Mengetahui jenis-jenis peralatan pengendalian dan penyimpanan
      yang efisien.
6.   Memahami prinsip-prinsip yang digunakan di dalam pembungkusan yang
      lebih efisien.
7.   Memperolehi pendedahan kepada teknik-teknik praktikal di dalam
      pengendalian kargo, pengurusan stor, penyimpanan dan pengagihan fizikal.
8.   Prinsip 80/20 dan analisa ABC
9.   Bila perlu Stok Keselamatan dan tentukan keperluan Stok Keselamatan.
10. Mengira kuantiti pesanan secara statistik dan memahami kaedah membuat
      ramalan.
11.  Ketapatan masa penghantaran OTD dan pengukuran secara "Span"
12.  Peralatan perlindungan  peribadi (PPE) dalam stor
 
    NOTA:  ALAT-ALAT STATISTIK DALAM EXCEL AKAN DIBERI
                 PERCUMA SEMASA BERKURSUS


kandungan

HARI PERTAMA

1.  Ciri-Ciri Pengurusan Gudang dan Pembuatan moden

2.  Asas-Asas Operasi Stor
      •    Definisi Penstoran
      •    Rekabentuk Stor
      •    Pemilihan Peralatan
      •    Stor Persendirian and Awam

3.  Operasi Penerimaan
      •    Pemeriksaan
      •    Pulangan kepada Pembekal
      •    Pengenalan Bahan

4.  Pengunitan dan Pembungkusan
      •    Dainamik Unit Beban
      •    Penstabilan Unit Beban
      •    Kaedah Sokongan Unit Beban
      •    Keperluan Pembungkusan

HARI KEDUA

5.  Lokasi dan Pengawalan Stok
      •    Sistem Lokasi Stok
      •    Program Pengiraan Kitar

6.  Sistem Penyimpanan dan Pengutipan Automatik
      •    Ciri-Ciri Penyimpanan Bahan
      •    Sistem Input/Output
      •    Sistem Kenderaaan Berpanduan Automatik
      •    Sistem Pengenalan Automatik

7.  Teknik-Teknik Pengurusan Inventori
      •    Jenis-jenis Inventori
      •    Fungsi-fungsi Inventori
      •    Kos-Kos Inventori
      •    Klasifikasi Inventori ABC
      •    Sistem Inventori Konsignmen
      •    Sistem Inventori Berkala
      •    Sistem Inventori Berterusan

8.  Pengedaran Fizikal Inventori
      •    Asas-Asas Pengangkutan
      •    Jenis-jenis Pengangkut
      •    Elemen-elemen Kos Pengangkutan
      •    Sistem Pengangkutan Menyeluruh

metodologi

Kaedah yang akan digunakan ialah syarahan, perbincangan, sesi soal jawab dan
latihan.

peserta

Eksekutif Pembuatan, Perancang Pengeluaran, Eksekutif Pengawalan Inventori,
Pembeli, Pengawal Stok, Penyelia Stor, Penyelia Pengagihan dan Penghantaran
dan yang terlibat dalam operasi gudang, stor dan inventori.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 01/11/2016

Biasa: RM 1,395.00 / RM 1,295.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM 1,295.00 / RM 1,195.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - TUAN HJ. ABDULLAH KASSIM

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Operasi dan Sistem Pembuatan (MSc)  dari Universiti Nottingham, United Kingdom, beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 22 tahun dalam menjalankan kerja-kerja latihan dan perundingan dalam peningkatan kualiti dan produktiviti.  Beliau pernah bertugas di Perbadanan Produktiviti Malaysia  (MPC) sebagai Pengurus Pengurusan Kejuruteraan Industri

Bidang pengkhususan beliau adalah Production and Operation Management, Pengurusan Kualiti, Innovative and Creative Circle, Kaizen dan  Amalan 5S.

Seorang juruperunding yang berpengalaman dalam implementasi ICC beliau pernah menghakimi Konvensyen-konvensyen ICC di syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang terkemuka.

Seorang ahli audit teknikal Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) yang telah diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Antara pelanggan-pelanggan beliau dalam latihan dan perundingan adalah Rajang Port Authority, Federal Cables, Tenaga Cable, Mindef, Sony Video, Ampang Putri Specialist Centre, Solectron, UPM, Hitachi Electronics, MATRADE, SIRIM, Toshiba Electronics, TLDM, TNB, Nikko Electronics, Lembaga Tabung Haji, Aerod, Mitsumi Electronics, MCB Holding dan Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau juga pernah mengikuti latihan pengurusan kualiti  di Netherland, Jepun, Taipei, Indonesia dan Malaysia.