Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Ogos 29 - 30, 2017 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

7 Alat QC (Konsep Dan Penggunaan)

(penceramah: Encik Tan Por Sing )

objektif

1.   Penggunaan 7 Alat QC bagi Penyelesaian Masalah dan Aktiviti
      Peningkatan Kualiti.
2.   Penggunaan Kitaran PDCA yang Sistematik bagi Penyelesaian Masalah dan
      Aktiviti Peningkatan Kualiti.
3.   Integrasi Kitaran PDCA dan 7 Alat QC di dalam Penyelesaian Masalah dan
      pengendalian Projek Peningkatan Kualiti.
4.   Memahami ciri-ciri Projek Peningkatan Kualiti yang berjaya.

kandungan

1.   Kualiti dan Peningkatan Kualiti
        -  Konsep
        -  Objektif
        -  Pendekatan

2.   Pendekatan PDCA kepada Penyelesaian Masalah dan Aktiviti
      Peningkatan Kualiti

        -  Rancang
        -  Laksana
        -  Pemeriksa
        -  Tindakan

3.   Kepentingan Data
        -  Pengumpulan Data
        -  Analisa Data
        -  Persembahan Data
       
   Latihan Berkumpulan   

4.   Konsep, Penggunaan dan Pembentukan 7 Alat QC

       4.1  Kertas Semak
                  -  Apakah kaedah terbaik untuk mengumpul data?
                  -  Bagaimana mencegah kecuaian dalam pemeriksaan?
                  -  Bagaimana membentuk kertas semak yang memudahkan kegunaan?

       4.2  Gambarajah Pareto
                  -  Bagaimana membentuk Gambarajah Pareto?
                  -  Bagaimana mengkelaskan kecacatan?
                  -  Bagaiman mengenalpasti masalah mengikut turutan keparahan?
   Latihan Berkumpulan
   
       4.3  Gambarajah Ishikawa (Gambarajah Sebab-Akibat)
                  -  Bagaimana membentuk Gambarajah Ishikawa?
                  -  Bagaimana mencari punca-punca kemungkinan untuk sesuatu
                      kecacatan?
                  -  Bagaimana menjalankan teknik “brainstorming” dengan berkesan?
                  -  Bagaimana hendak meverifikasikan punca-punca?
   Latihan Berkumpulan

       4.4  Graf dan Carta (Graf Garis, Graf Bar,)
                  -  Kegunaan dan intepretasi graf
                  -  Kegunaan graf garis dan graf bar
   Latihan Berkumpulan

       4.5  Histogram
                  -  Bagaimana hendak membentuk Histogram?
                  -  Bagaimana intepretasi bentuk-bentuk histogram?      

       4.6   Gambarajah Taburan
                  -  Mengenalpasti korelasi antara sebab dan akibat
                  -  Bagaimana hendak membentuk Gambarajah Taburan     

       4.7   Carta Radar dan Carta Gantt Carta Kawalan
                  -  Membentuk, Kegunaan dan Interpretasi Carta Radar
                  -  Kegunaan dan analisa Carta Gantt?
                     Bagaimana mengguna carta kawalan?

5.   Persembahan multimedia kegunaan Kitaran PDCA dan 7 Alat QC  
      untuk Projek Peningkatan Kualiti yang berjaya.


metodologi

Persembahan Power Point , Kerja Berkumpulan, Kajian Kes dan latihan

peserta

Pengurus, Eksekutif, Fasilitator dan Ketua Kumpulan ICC dan juga sesiapa yang melibat dalam Projek Peningkatan Kualiti.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 15/08/2017

Biasa: RM 1,495.00 nett / RM1,395.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,395.00 nett / RM 1,295.00 nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK TAN POR SING

Berasal dari Kelantan, Ketua Juruperunding dan Jurulatih Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd., Encik Tan berpengalaman lebih daripada 20 tahun  dalam bidang Peningkatan Kualiti dan Produktiviti. Pengalaman kerja Encik Tan juga termasuk mengurus jabatan pengeluaran, penyelenggaraan dan operasi syarikat.

Antara pengalaman Encik Tan dalam latihan dan perundingan termasuk teknik-teknik Operasi dan Peningkatan seperti TQM, QCC/ICC, SPC, ISO 9000, 5S, QC Tools, Kaji Kerja, Amalan Kaizen, Pengurusan Fail dan Rekod, Pengurusan Stor dan Inventori, Keselamatan Perusahaan dan lain-lain lagi. 

Pelanggan-pelanggan Encik Tan dalam latihan dan perundingan merangkumi antara syarikat antarabangsa dan tempatan termasuk Saudi Iron & Steel Company di Saudi Arabia, Western Digital, Freescale, Samsung, PNB, Perodua, Panasonic, Acidchem International, Sime Darby, Petron Malaysia Refining & Marketing, Dyson Manufacturing, Prince Court Medical Centre, Rahim & Co., TNB, Petronas Gas, Bumi Armada,  MMHE, Indah Water, Litrak, Institute Technology Perak, NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW).

Encik Tan adalah seorang Jurutera Mekanikal berkelulusan BSc in Mechanical Engineering dari Strathclyde University, Scotland dan MSc. (with Distinction) in Manufacturing Systems Engineering dari Warwick University, England.  Beliau pernah menghadiri program latihan di Jepun, Australia, The Netherland, India, Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura dan juga di Malaysia. 

Belaiu juga juruaudit ISO 9000 dan ISO 14000 yang bertauliah dan beliau telah membantu banyak syarikat dalam mencapai ISO 9001. Beliau menghadiri dan mendapat kelulusan dalam program-program seperti IRCA registered auditing quality system course (lead auditor training course) dan EARA approved advanced EMS auditing course for quality personnel.

Encik Tan pernah menghakimi konvensyen-konvensyen ICC/QCC/QIT sebagai Panel Penilai Konvensyen seperti PNB National Innovations and Quality Convention, Rapid KL ICC Konvensyen dan juga pernah sebagai Ketua Panel Penilai di Konvensyen Kebangsaan MPC.dan MAMPU

Encik Tan mewaikili Malaysia sebagai “National Quality Management Expert”.di Persidangan Antarabangsa Anugerah Pengurusan Kualiti di Tokyo yang ditaja oleh Asian Productiviti Organization (APO). Beliau juga mempunyai “blue-card” antarabangsa sebagai pengamal Teknik Methods-Time Measurement dari  Persatuan M-TM United Kingdom. 

Encik Tan fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris