Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Dis 04 - 05, 2018 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Amalan 5S (Konsep, Pelaksanaan, Audit dan Persijilan)

(penceramah: Tuan Hj. Abdullah Kassim )

objektif

1.  Menyediakan syarikat untuk Amalan 5S
2.  Membina pelan tindakan Amalan 5S
3.  Memahami Kaizen dan Impak pengurangan pembaziran 5S
4.  Memahami keperluan Audit untuk mengekalkan amalan 5S
5.  Memahami Keperluan Persijilan 5S
 

kandungan

Modul  1:  Amalan 5S, Pembaziran dan Kaizen
1.  Memahami Pembaziran
      -    Bagaimana masa operasi ditentukan
      -    7 Jenis Pembaziran

2.  Pendekatan Teknik KAIZEN
      -    Apa itu teknik KAIZEN?
      -    Aspek Persamaan pelbagai program Kaizen
      -    Turutan yang dicadangkan bagi melaksanakan Program Kaizen
     Kerja Berkumpulan

Modul  2:   Memahami Konsep, Amalan dan Impak  5S
1.  Objektif dan Faedah 5S
      -    5S menyumbang kearah Produktiviti, Kualiti, Kos, Penghantaran,
            Keselamatan dan Semangat
      -    Empat Objektif Utama Program 5S
      -    Tiga jenis tempat kerja

2.  Konsep, Prinsip-prinsip  dan Contoh Amalan 5S
     1S:  Seiri
          Konsep Seiri
          Strategi Tag-merah(Red-Tag Strategy)
          Bagaimana menjalankan aktiviti-aktiviti Seiri
          Contoh amalan Seiri yang cemerlang
     2S:  Seiton
          Konsep Seiton
          7 Prinsip Seiton
          Bagaimana menjalankan aktiviti-aktiviti Seiton
          Contoh amalan Seiton yang cemerlang
     3S:  Seiso
          Konsep Seiso
          Amalan baik Seiso
          Contoh amalan Seiso yang cemerlang
     4S:  Seiketsu
          Konsep Seiketsu
          Apa yang perlu distandardisasikan?
          Sampel Piawai 5S
          Kawalan Visual
     5S:  Shitsuke
          Konsep Shitsuke
          Aktiviti-aktiviti Shitsuke

     2.1  Gambar-gambar Sampel Amalan 5S yang cemerlang
           
3.  Impak 5S kepada Proses kerja (KPI)
      -  Kuantitatif
      -  Kualitatif
      -  Petunjuk Budaya Kerja
     Kerja Berkumpulan

Modul  3:   Pelaksanaan 5S
1.  Langkah-langkah Pelaksanaan Program 5S
       -  6 Langkah Pelan Induk untuk pelaksanaan 5S
         Langkah 1.   Persediaan
         Langkah 2.   Pengumuman rasmi CEO
         Langkah 3.   Pembersihan oleh semua
         Langkah 4.   Permulaan Seiri
         Langkah 5.   Seiri, Seiton dan Seiso harian
         Langkah 6.   Audit 5S berkala

2.  Empat Kunci Utama bagi Pelaksanaan 5S yang berjaya

Kerja Berkumpulan

Modul  4:  Audit 5S
1.  Audit 5S - Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan 5S
      -  Jenis-jenis Audit 5S
      -  Contoh Kriteria Audit 5S
            - Dimensi Pemarkahan Audit 5S
      -  Audit 5S secara Langsung

Modul  5:  Persijilan 5S
    Keperluan:
       -  Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S)
       -  Perancangan
       -  Realisasi Persekitaran Berkualiti
       -  Pengukuran, Analisis dan Penilaian
       -  Penambahbaikan Berterusan

Kerja Kumpulan:

metodologi

Persembahan Power Point, Kerja Berkumpulan, Kajian Kes dan Sesi Soal Jawab.

peserta

-  Semua Eksekutif dan Kakitangan
-  Eksekutif Peningkatan Kualiti
-  Kakitangan Keselamatan dan Kesihatan
-  Penyelia

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 20/11/2018

Biasa: RM 1,595.00 nett / RM1,495.00 nett setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM1,495.00 nett / RM1,395.00 Nett setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - TUAN HJ. ABDULLAH KASSIM

Berkelulusan Sarjana Pengurusan Operasi dan Sistem Pembuatan (MSc)  dari Universiti Nottingham, United Kingdom, beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 22 tahun dalam menjalankan kerja-kerja latihan dan perundingan dalam peningkatan kualiti dan produktiviti.  Beliau pernah bertugas di Perbadanan Produktiviti Malaysia  (MPC) sebagai Pengurus Pengurusan Kejuruteraan Industri

Bidang pengkhususan beliau adalah Production and Operation Management, Pengurusan Kualiti, Innovative and Creative Circle, Kaizen dan  Amalan 5S.

Seorang juruperunding yang berpengalaman dalam implementasi ICC beliau pernah menghakimi Konvensyen-konvensyen ICC di syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang terkemuka.

Seorang ahli audit teknikal Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kualiti (QMEA) yang telah diadakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Antara pelanggan-pelanggan beliau dalam latihan dan perundingan adalah Rajang Port Authority, Federal Cables, Tenaga Cable, Mindef, Sony Video, Ampang Putri Specialist Centre, Solectron, UPM, Hitachi Electronics, MATRADE, SIRIM, Toshiba Electronics, TLDM, TNB, Nikko Electronics, Lembaga Tabung Haji, Aerod, Mitsumi Electronics, MCB Holding dan Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau juga pernah mengikuti latihan pengurusan kualiti  di Netherland, Jepun, Taipei, Indonesia dan Malaysia.