Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd mempersembahkan

Dis 03, 2020 (9 pagi - 5 petang) di Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie

Pengurusan Stor dan Inventori yang Berkesan

(penceramah: Encik Tan Por Sing )

objektif

Di akhir program ini, para peserta akan dapat memahami:

1. Fungsi dan jenis-jenis inventori;
2. Konsep penerimaan dan pemeriksaan barangan;
3. Pengkelasan inventori;
4. Kaedah penyimpanan barangan;
5. Strategi dan kaedah kawalan inventori;
6. Susunatur dan penyimpanan inventori.

kandungan

Fungsi-Fungsi Pengurusan Stor dan Inventori
1. Pengenalan ssemua item di dalam stor
2. Proses penerimaan barangan, pemeriksaan, mengeluar dan menghantar.
3. Kawalan inventori
4. Pengiraan stok
5. Aktiviti Penyimpanan

Kaitan di antara Inventori dengan Kos
1. Holding costs – kos menyimpan barangan untuk satu tempoh masa
2. Ordering costs – kos dikaitkan dengan membuat pesanan dan penerimaan barangan.
3. Setup costs – kos untuk menyediakan mesin atau proses

Pengenalan Item di dalam Stor
1. Identifikasi dan pengklasan inventori
2. Kaedah pengklasan – subjek dan geografi.

Proses Penerimaan dan Pemeriksaan Barangan
1. Perancangan untuk penerimaan banrangan
2. Menentukan prosedur penerimaan
3. Aktiviti-aktiviti di dalam proses penerimaan
4. Proses-proses pemeriksaan
5. Tindakan terhadap discrepancy penerimaan

Kawalan Inventori
1. Apakah kawalan inventori
2. Apakah kawalan yang diperlukan
3. Apakah kos di dalam kawalan inventori
4. Bila membuat pesanan
5. Berapa banyak perlu dipesan
6. Titik pesanan ekonomi (EOQ)
7. Sistem ‘ABC’ untuk kawalan stok

Susunatur dan Penyimpanan Stok
1. Konsep Susunatur Barang mengikut Popularity, Kesamaan, Saiz dan ciri-ciri barangan
2. Keperluan Ruang untuk Simpanan
3. Prinsip Sunsunatur Stor
4. Konsep Pengeluaran Barangan

metodologi

Kaedah yang akan digunakan ialah syarahan, perbincangan, sesi soal jawab dan latihan.

peserta

Penyelia-penyelia atau individu yang terlibat dalam pentadbiran/operasi/pengeluaran dan penyimpanan atau sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kawalan stok.

pelaburan yuran / pendaftaran awal sebelum atau pada 19/12/2020

Biasa: RM 915.00 / RM 865.00 setiap peserta

Diskaun Kumpulan: RM 865.00 / RM 815.00 setiap peserta (minima 2 peserta dari syarikat yang sama)

(Yuran termasuk Bahan-bahan Kursus, Makan Tengahari (Bufet), Beg Seminar, Makanan & Minuman Ringan serta Sijil Kehadiran)

pendaftaran & bayaran


PROGRAM INI BOLEH DITUNTUT DI BAWAH SKIM "SBL"

PENDAFTARAN boleh dibuat secara "online" di halaman www.qdc.com.my ATAU hubungi 03-78054587 / 03-78044196. Talian telefon dibuka dari pukul 8:30 pagi sehingga 6:00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Setiap PENDAFTARAN mestilah disertakan bersama BAYARAN.

Borang pendaftaran yang telah lengkap serta cek di atas nama "Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd" hendaklah diserahkan atau difaxkan kepada:

(YURAN YANG TELAH DIBAYAR TIDAK AKAN DIPULANGKAN tetapi penggantian peserta dibenarkan tanpa bayaran tambahan. Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd berhak untuk membatalkan atau menangguhkan kursus di atas. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan kadar segera)

FASILITATOR KURSUS - ENCIK TAN POR SING

Berasal dari Kelantan, Ketua Juruperunding dan Jurulatih Quality Dynamics Consultancy Sdn Bhd., Encik Tan berpengalaman lebih daripada 20 tahun  dalam bidang Peningkatan Kualiti dan Produktiviti. Pengalaman kerja Encik Tan juga termasuk mengurus jabatan pengeluaran, penyelenggaraan dan operasi syarikat.

Antara pengalaman Encik Tan dalam latihan dan perundingan termasuk teknik-teknik Operasi dan Peningkatan seperti TQM, QCC/ICC, SPC, ISO 9000, 5S, QC Tools, Kaji Kerja, Amalan Kaizen, Pengurusan Fail dan Rekod, Pengurusan Stor dan Inventori, Keselamatan Perusahaan dan lain-lain lagi. 

Pelanggan-pelanggan Encik Tan dalam latihan dan perundingan merangkumi antara syarikat antarabangsa dan tempatan termasuk Saudi Iron & Steel Company di Saudi Arabia, Western Digital, Freescale, Samsung, PNB, Perodua, Panasonic, Acidchem International, Sime Darby, Petron Malaysia Refining & Marketing, Dyson Manufacturing, Prince Court Medical Centre, Rahim & Co., TNB, Petronas Gas, Bumi Armada,  MMHE, Indah Water, Litrak, Institute Technology Perak, NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW).

Encik Tan adalah seorang Jurutera Mekanikal berkelulusan BSc in Mechanical Engineering dari Strathclyde University, Scotland dan MSc. (with Distinction) in Manufacturing Systems Engineering dari Warwick University, England.  Beliau pernah menghadiri program latihan di Jepun, Australia, The Netherland, India, Taiwan, Filipina, Thailand, Singapura dan juga di Malaysia. 

Belaiu juga juruaudit ISO 9000 dan ISO 14000 yang bertauliah dan beliau telah membantu banyak syarikat dalam mencapai ISO 9001. Beliau menghadiri dan mendapat kelulusan dalam program-program seperti IRCA registered auditing quality system course (lead auditor training course) dan EARA approved advanced EMS auditing course for quality personnel.

Encik Tan pernah menghakimi konvensyen-konvensyen ICC/QCC/QIT sebagai Panel Penilai Konvensyen seperti PNB National Innovations and Quality Convention, Rapid KL ICC Konvensyen dan juga pernah sebagai Ketua Panel Penilai di Konvensyen Kebangsaan MPC.dan MAMPU

Encik Tan mewaikili Malaysia sebagai “National Quality Management Expert”.di Persidangan Antarabangsa Anugerah Pengurusan Kualiti di Tokyo yang ditaja oleh Asian Productiviti Organization (APO). Beliau juga mempunyai “blue-card” antarabangsa sebagai pengamal Teknik Methods-Time Measurement dari  Persatuan M-TM United Kingdom. 

Encik Tan fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris